Saturday 18 July 2009

IRB’s Notice on Taxation of Benefits-In-Kind

The above Notice has been issued as a result of the dialogue between professional bodies and the IRB on 8 May 2009. The IRB has informed of the following:

a)Benefits of free petrol

Employees can elect the tax treatment of the benefit of free petrol to be as follows:

(i)Be taxed at prescribed values under Appendix 2 of the Public Ruling No. 2/2004,

OR

(ii)Claim an exemption of RM2,400 on petrol used from/to home to/from working place and RM6,000 for official travels.

Where the employer is unable to segregate between petrol used from/to home to/from working place and for official travels, then only an exemption of RM6,000 will be given.

b) Benefits of telephone and payment of telephone bills

A concession is given to employers who had reported in the Form EA for the year of assessment 2008 the value of benefit enjoyed by employees on telephone (hardware) at RM300 and telephone bills paid by employer at RM300 (based on Appendix 2 of the Public Ruling No.2/2004), i.e., they do not have to revise the Form EA.

------------------------------------------


PENGUMUMAN

PENGECUALIAN CUKAI KE ATAS MANFAAT BERUPA BARANGAN

Lanjutan daripada dialog bersama persatuan akauntan yang telah diadakan pada 8 Mei
2009, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia telah memohon pengesahan daripada
Kementerian Kewangan berhubung pengecualian cukai ke atas manfaat petrol
percuma, telefon dan bayaran bil telefon yang diterima oleh pekerja berkaitan dengan
penggajiannya. Kementerian Kewangan telah memberi persetujuan seperti berikut:

1. Manfaat petrol percuma
Sebelum tahun taksiran 2008, pekerja yang melaporkan manfaat petrol mengikut
nilai yang ditetapkan untuk petrol seperti di Lampiran 2 dalam Ketetapan Umum
No. 2/2004 hanya dikenakan cukai atas amaun yang rendah dibandingkan
dengan penggunaan persendirian sebenar. Oleh itu pengecualian ke atas
penggunaan petrol persendirian telah pun dinikmati oleh pekerja. Berdasarkan
asas tersebut, Kementerian Kewangan telah bersetuju pekerja diberi pilihan
untuk:

a. menentukan amaun petrol percuma yang dikenakan cukai mengikut nilai
yang ditetapkan untuk petrol seperti di Lampiran 2 dalam Ketetapan Umum
No. 2/2004 tanpa pengecualian diberikan; atau

b. mendapat pengecualian bagi amaun petrol yang digunakan seperti berikut:
• perjalanan dari rumah ke tempat kerja/dari tempat kerja ke rumah terhad
RM2,400;
• perjalanan untuk tujuan tugas rasmi terhad RM6,000
Sekiranya majikan tidak dapat menentukan amaun petrol percuma bagi
perjalanan dari rumah ke tempat kerja/dari tempat kerja ke rumah dan perjalanan
untuk tujuan tugas rasmi, pengecualian hanya diberi sehingga RM6,000.

2. Manfaat telefon dan bayaran bil telefon
Konsesi diberi kepada majikan untuk melaporkan manfaat telefon dan bayaran
bil telefon mengikut nilai yang ditetapkan seperti di butiran 1, perenggan 3,
Lampiran 2 dalam Ketetapan Umum No. 2/2004 iaitu:
Telefon (perkakasan): RM300
Bil telefon: RM300
Oleh itu majikan yang telah mengeluarkan Borang EA bagi tahun taksiran 2008
dan melaporkan amaun dikecualikan cukai mengikut nilai seperti di atas tidak
perlu membuat pindaan ke atas borang tersebut.

Dikeluarkan oleh: Jabatan Dasar Percukaian
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh: 10 Julai 2009

No comments:

Post a Comment

CCS Group's Official Website

We are thrilled to announce that CCS Group has launched a new website at www.ccs-co.com Some of the great new features of this newly designe...